- Bagi kebanyakkan brakeless lovers di Malaysia dan juga di serata dunia, mereka lebih gemar untuk tidak memakai helmet. Mungkin mereka menganggap ia tidak begitu bergaya dan kurang merbahaya ( tanpa helmet barulah extreme kata mereka ). Keselamatan kita adalah tanggungjawab kita sendiri. Bagi mereka yang utamakan keselamatan, jangan hanya pakai sahaja dan sila ikat dengan ketat helmet anda.
- Untuk apa jua kenderaan sekalipun, termasuklah basikal, kita hendaklah memastikan ia dalam keadaan yang baik. Tayar mestilah cukup angin, ketatkan skru-skru yang agak longgar, pastikan rantai tidak longgar dan kesemua komponen penting dalam basikal itu. Jika anda tidak tahu untuk repair sendiri, sila ke kedai basikal berhampiran.
- Pastikan hub belakang anda adalah kuat, lockring yang kuat(steel) adalah wajib. Mungkin menggunakan flip-flop hub adalah yang terbaik bagi fixed gear bike.
- Rantai anda hendaklah tahan dan kuat, ini kerana ia adalah penting untuk memberhentikan basikal anda (skid for example). Jika ia tidak kuat, rantai anda boleh putus semasa skid dan ia boleh membahayakan keselamatan anda. Mungkin anda boleh membeli rantai Izumi, HKK atau KMC.
- Cari tempat yang selamat untuk practice teknik-teknik baru. Jangan berlatih di tempat yang banyak kenderaan kerana ia adalah amat bahaya kerana kita tidak mahir lagi.
- Membawa basikal dengan freewheel mati, kita hendaklah sentiasa berjaga-jaga dengan persekitaran terutamanya jika basikal tanpa brake. Gunakan deria penglihatan anda, deria pendengaran anda dan mungkin sixth sense anda.
- Warming up dan stretching sebelum dan selepas berkayuh. Ia mungkin dapat mengelakkan kekejangan otot terutama peha dan lutut.
-nexscale-
No comments:
Post a Comment